gambar hiasan |
Sejak beberapa minggu yang lepas, krisis yang berlaku di Mesir menjadi tajuk utama semua akhbar tempatan. Ini kerana berlakunya tunjuk perasaan antara penyokong kerajaan dan juga anti kerajaan. Tujuannya adalah satu iaitu nak menggulingkan pemerintah yang telah memerintah Mesir selama lebih kurang 30 tahun. Wow satu tempoh yang lama. Tetapi disebabkan desakan-desakan tertentu para penyokong terpaksa mengadakan tunjuk perasaan untuk memberikan tekanan dan sekaligus memilih pemerintah yang baru. At the end of the story, pemerintahnya dah pun meletakkan jawatan. Hurmmm macam-macam dunia sekarang. Biasa la bila dah berada dihujung2 zaman ni..Perkara2 macam ni bleh menyusahkan semua pihak. Sebagai contoh ramai pelajar2 @ penduduk dr negara lain yang berhijrah ke mesir mengalami ancaman dan terpaksa dibawa pulang ke negara masing2 termasuk lah Malaysia. Lebih kurang 11 ribu rakyat m'sia disana dan kebanyakannya adalah pelajar. Mereka dibawa pulang dengan ihsan @ bantuan kerajaan. Ini termasuklah seorang sepupu aku yang belajar kat sana, nak xnak kena lah balik demi keselamatan masing-masing. Beberapa Universiti di Mesir memberikan cuti untuk beberapa bulan kepada pelajar. Rasanya sekarang pun keadaan masih belum reda. Doakan semoga keadaan embali aman dan tenang.aminn
No comments:
Post a Comment